Wednesday 28 September 2011

::tema 5: ekonomi negara::

KAJIAN TEMPATAN 
TAHUN 6


5.4 Kesan Kegiatan Ekonomi terhadap Alam Sekitar

a. Kesan terhadap Perubahan landskap dan Pencemaran


::kegiatan ekonomi utama::

Kegiatan ekonomi yang utama di negara kita ialah:

PERLOMBONGAN

PEMBALAKAN

PERTANIAN

PERIKANAN

PEMBINAAN

::kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar::

Aktiviti Pertanian


- Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.


- Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian
pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga
menyebabkan permukaan tanah


Akitiviti Perlombongan


- Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral.


- Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar

Aktiviti Pembalakan


- Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara-negara tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok
yang bermutu.


- Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia boleh memusnahkan habitat haiwan liar.


- Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh
menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.


- Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan
memerlukan 40 tahun untuk puli semula.

Aktiviti Perikanan.


- Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik.


- Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.


- Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden
seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

Pembinaan

Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan.

- Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.